Keladi bunting
Keladi bunting

Keladi bunting

Keladi bunting, kemeling telur, lembayung atau bunga jamban (nama saintifik: Eichhornia crassipes)[1][2] ialah sejenis pokok bunga berwarna putih ungu daripada keluarga Pontederiacea. Ia tumbuh asal di lembangan Amazon dan merupakan spesies ceroboh di tempat-tempat lain.Tumbuhan ini boleh membiak dengan banyak dan menyebar cepat di kawasan berair tenang seperti tasik tanpa haiwan kawalan biologi. Ia boleh menjadi rumpai yang sukar dihapuskan[3] kerana bersaing dengan tumbuhan dan alga asli lain merebutkan sumber mineral, cahaya matahari dan sebagainya. Anak tumbuhan ini boleh menutupi permukaan air lalu membantutkan pertumbuhan organisma dan alga dalam air mengganggu ekosistem tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Keladi bunting http://www.ville-ge.ch/musinfo/bd/cjb/africa/detai... http://www.ville-ge.ch/musinfo/bd/cjb/africa/detai... //scholar.google.com/scholar?q=%22Keladi+bunting%2... //www.google.com/search?&q=%22Keladi+bunting%22+si... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Kelad... //www.google.com/search?q=%22Keladi+bunting%22&tbm... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Keladi+bunt... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt... http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol43num9_2...